awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu pengganas berdepan hukuman mati

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
26/03/2013
02:46 MYT
Pembantu pengganas berdepan hukuman mati
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan terdapat beberapa individu dari Semporna dan Sandakan didapati mengirimkan wang ke Jolo bagi membantu aktiviti pengganas.
Beliau mengingatkan bahawa perbuatan tersebut adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara dan pihak polis sedang memantau kegiatan berkenaan. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.
"Ini merupakan satu kesalahan berat dan perbuatan tersebut bertujuan membantu pengganas," ulas Khalid.
Mereka yang ditahan akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan jika mereka didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati mandatori.
Justeru Khalid meminta individu berkenaan agar tidak meneruskan perbuatan menghantar wang atau memberi bantuan kepada pengganas dengan serta merta.
Mengulas mengenai perkembangan terkini Operasi Daulat yang kini memasuki hari ke-21, Timbalan Ketua Polis itu memberitahu seramai 429 orang telah ditahan, 116 daripada tahanan didakwa di bawah Sosma manakala 42 orang telah dibebaskan.
Topic Berkaitan
#Kepulauan Sulu
#Khalid
#mati mandatori
#pengganas
#Sandakan
#Semporna
#SOSMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan