awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembeli Bumiputera dianaktiri, pemaju perumahan disiasat

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
30/09/2014
08:03 MYT
Pembeli Bumiputera dianaktiri, pemaju perumahan disiasat
Pembeli Bumiputera dianaktiri, pemaju perumahan disiasat
Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) sedang mengumpul maklumat sekiranya wujud pemaju bukan bumiputera yang menganaktirikan pembeli bumiputera.
Penaungnya, Datuk Ng Seing Liong menegaskan tindakan sedemikian perlu disiasat dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.
"Kami sedang menyiasat dan pada masa yang sama kami menggesa ahli-ahli REHDA supaya patuh kepada polisi-polisi yang ditetapkan," kata Seing Liong.
Bagaimanapun, beliau menyeru supaya pembeli-pembeli rumah perlu bijak mengetahui selok-belok proses jual-beli rumah.
"Diskaun terhadap bumiputera merupakan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan-kerajaan negeri."
"Tetapi REHDA selaku persatuan tidak boleh mencampuri polisi perniagaan syarikat-syarikat pemaju," tegas Seing Liong dalam sidang media di Wisma Rehda.
Sebelum ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengarahkan REHDA untuk menyiasat jika ada pemaju menanaktirikan pembeli bumiputera.
Malah Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemaju terlibat.
Isu ini timbul selepas seorang pembeli rumah bumiputera menyebarkan maklumat serta strategi tidak bertanggungjawab oleh pemaju bukan bumiputera dan menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Datuk Ng Seing Liong
#pemaju bukan bumiputera
#REHDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan