awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian panik landa Filipina menjelang kenaikan besar harga bahan api

Bernama
Bernama
09/03/2026
16:41 MYT
Pembelian panik landa Filipina menjelang kenaikan besar harga bahan api
Penunggang motosikal beratur panjang di stesen minyak menjelang kenaikan harga yang dijadual pada Selasa, di Quezon City, Filipina, 9 Mac 2026. (Foto AP)

Pemandu di seluruh Filipina menyerbu stesen minyak pada Isnin, bergegas untuk mengisi minyak menjelang kenaikan harga besar-besaran yang dijadualkan pada Selasa, lapor Xinhua.

Lonjakan permintaan itu menyusul amaran mengenai peningkatan ketara kos bahan api, yang disifatkan oleh pegawai tenaga tempatan sebagai lonjakan tunggal terbesar dalam tempoh kebelakangan ini.

Ketidaktentuan domestik sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran, memandangkan ketegangan yang memuncak di Asia Barat terus mencetuskan kebimbangan terhadap krisis tenaga global, lapor saluran berita tempatan.

Di Metro Manila, kebimbangan ini dizahirkan melalui barisan panjang yang memenatkan di beberapa buah stesen ketika pemandu berpusu-pusu untuk mengisi minyak sebelum pelaksanaan harga baharu.

Keadaan lebih meruncing di bandar utara Dagupan dan bandar tengah Iloilo, yang media tempatan melaporkan beberapa stesen terpaksa ditutup seketika selepas kehabisan stok akibat pembelian panik yang melampau.

Harga minyak dijangka meningkat kira-kira 17 hingga 24 peso (lebih kurang US$0.29 hingga US$0.40) seliter minggu ini, menurut Setiausaha Tenaga Sharon Garin pada Isnin.

Syarikat minyak akan membahagikan kenaikan tersebut dalam tempoh beberapa hari, atau melaksanakan kenaikan secara berperingkat, berbanding mengenakan satu kenaikan harga yang besar sekali gus, kata Garin.

-- BERNAMA-XINHUA

Topic Berkaitan
#Filipina
#harga minyak
#pemandu serbu stesen minyak
#pembelian panik
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan