awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian khas RM500 untuk penjawat awam N.Sembilan dibayar bulan depan

Bernama
Bernama
27/11/2015
06:28 MYT
Pemberian khas RM500 untuk penjawat awam N.Sembilan dibayar bulan depan
MOHAMAD HASAN: Pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik. - Gambar Fail
Pemberian khas sebanyak RM500 kepada 6,588 kakitangan awam di negeri ini termasuk yang berkhidmat di badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dibayar bulan depan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemberian khas itu sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti atas kecemerlangan kakitangan awam dalam menyempurnakan tugasan dengan baik.
"Pemberian ini juga diharap akan meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk membeli barang keperluan persekolahan anak-anak," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mohamad berkata penjawat awam di negeri ini telah mempamerkan kecemerlangan dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pada tahun lepas, kesemua projek yang diluluskan berjaya dilaksanakan dengan kos sebanyak RM88.53 juta.
"Sepanjang mentadbir negeri ini, saya dapati bahawa jentera pentadbiran kerajaan negeri berada di tahap terbaik dan telah menunjukkan peningkatan dalam kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
"Pencapaian tersebut dapat dilihat daripada beberapa aspek pengurusan seperti peningkatan kutipan hasil, pelaksanaan projek-projek pembangunan, pembasmian kemiskinan dan keselamatan," katanya.
Topic Berkaitan
#Dewan Undangan Negeri
#kakitangan awam
#Mohamad Hasan
#pbt
#Rang Undang-Undang Perbekalan 2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan