awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh

Bernama
Bernama
17/01/2025
15:11 MYT
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, dalam operasi di Kampung Paya Lada, Ketereh, malam tadi. - Foto PGA (via BERNAMA)
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, dalam operasi di Kampung Paya Lada, Ketereh, malam tadi.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
"Hasil pemeriksaan mendapati lapan lelaki dan enam wanita, termasuk empat kanak-kanak, dipercayai warga Myanmar berada di dalam rumah itu.
"Semua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan sah dan disyaki diseludup masuk ke negara ini melalui laluan tidak sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dua warga Myanmar, masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 24 dan 27 tahun, dipercayai bertindak sebagai tekong yang menyeludup kesemua suspek ke Malaysia.
"Tekong lelaki itu turut didapati memiliki sebiji pil Yaba. Kesemua warga asing tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Selain itu, kedua-dua tekong disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, manakala kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#PGA
#pemerdagangan manusia
#warga asing
#Ketereh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan