awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Empat lelaki ditahan di Sungai Petani

Bernama
Bernama
22/09/2018
09:47 MYT
Pemilihan PKR: Empat lelaki ditahan di Sungai Petani
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 kerana merusuh.
Polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an selepas berlaku kekecohan hingga menyebabkan kecederaan semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Merbok dekat Sungai Petani hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata seorang individu cedera pada bahagian kepala dalam kekecohan yang berlaku antara 12 hingga 12.30 tengah hari itu dan telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani tadi.
"Kita difahamkan semasa pemilihan ini tadi sistem pengundian dijalankan itu tidak lancar. Sistem pengundian ini tergendala...berjalan terlalu perlahan sehingga menimbulkan keresahan dan berlaku salah faham antara petugas dan ahli yang mengundi ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Adzli berkata sehubungan itu polis turut merampas beberapa batang kayu yang digunakan sebagai senjata dalam kekecohan berkenaan malah kayu itu bukan dibawa dari luar namun terdapat di tempat kejadian ketika itu.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 kerana merusuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cedera
#e-undi
#Hospital
#kayu
#lelaki
#Merbok
#Parti Keadilan Rakyat
#pemilihan
#PKR
#rakyat
#sistem pengundian
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan