awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR: Khalid mohon maaf atas kegagalan proses pemilihan di Selangor

Haider Yutim
Haider Yutim
11/05/2014
10:05 MYT
Pemilihan PKR: Khalid mohon maaf atas kegagalan proses pemilihan di Selangor
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada semua ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan kegagalan mereka dalam mengendalikan proses pengundian parti itu di peringkat negeri Selangor.
“Saya memohon maaf kepada seluruh anggota KEADILAN kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh,” katanya dalam sebuah kenyataan menerusi laman Twitternya, pada Ahad.
Saya memohon maaf kepada seluruh anggota KEADILAN kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh.
— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) May 11, 2014
Abdul Khalid yang juga calon Timbalan Presiden PKR meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN.
Jelas beliau, aduan itu penting bagi menunjukkan bahawa PKR adalah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan proses pemilihan.katanya.
Saya meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat KEADILAN. #SidangMedia
— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) May 11, 2014
Saya memohon maaf kepada seluruh anggota KEADILAN kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh.
— Abdul Khalid Ibrahim (@Khalid_Ibrahim) May 11, 2014
Menurut laporan, setakat jam 4.30 petang tadi pemilihan PKR di sembilan cabang di Selangor terpaksa dibatalkan berikutan pelbagai masalah yang menimpa termasuk kejadian membawa lari peti undi di Selayang.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz turut menyenaraikan sembilan cabang PKR di Selangor yang telah dibatalkan pemilihannya itu.
Pemilihan di 9 Cabang KEADILAN untuk negeri Selangor telah dibatalkan oleh Jawatankuasa Pemilihan. #MenujuReformasiTulen
— Arfa Aziz (@arfaziz) May 11, 2014
Cabang2 yg dibatalkan: 1. Subang 2. Hulu Langat 3. Sabak Bernam 4. Kuala Langat 5. Sepang 6. Klang 7. Kuala S'gor 8. Kota Raja 9. Selayang
— Arfa Aziz (@arfaziz) May 11, 2014
Terkini, tiga lagi cabang turut dibatalkan berikutan masalah tersebut iaitu Shah Alam, Sungai Besar dan Kapar.
Topic Berkaitan
#Abdul Khalid Ibrahim
#batal
#gagal
#Menteri Besar
#pemilihan PKR
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan