awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik bengkel kereta didakwa lakukan sumbang mahram dengan anak tiri

Bernama
Bernama
27/03/2025
08:24 MYT
Pemilik bengkel kereta didakwa lakukan sumbang mahram dengan anak tiri
Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tiri perempuannya ketika mangsa berusia sembilan dan 14 tahun. -Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya lima tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut semasa mangsa berusia sembilan tahun tujuh bulan dan 14 tahun lima bulan.
  • Hakim menetapkan sebutan kes pada 21 April untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.

Lelaki 31 tahun itu, didakwa melakukan perbuatan tersebut semasa mangsa berusia sembilan tahun tujuh bulan dan 14 tahun lima bulan, yang hubungan mereka tidak dibenarkan di bawah undang-undang dan hukum agama yang terpakai untuk lelaki itu berkahwin, dengan mangsa.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua rumah di Rawang, Selangor pada 2 petang akhir April 2020 dan 2 pagi pertengahan Februari 2025, dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Bagi seksyen 376B, hukumannya ialah penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, manakala Seksyen 16 (1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan jaminan bagi dua pertuduhan itu bagi mengelakkan lelaki itu mengganggu mangsa memandangkan mereka tinggal serumah.
Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah membenarkan jaminan atas alasan menyara anak yang masih kecil serta mempunyai ibu tidak sihat dan kakak orang kurang upaya (OKU).
Hakim Nurulizwan Ahmad Zubir tidak membenarkan jaminan dan menetapkan sebutan kes pada 21 April untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik bengkel kereta
#persetubuhan dengan anak tiri perempuan
#Mahkamah Sesyen Ampang
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan