awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin Parti Komunis China lawat Malaysia untuk kukuhkan hubungan

Bernama
Bernama
29/03/2024
20:30 MYT
Pemimpin Parti Komunis China lawat Malaysia untuk kukuhkan hubungan
Wisma Putra berkata lawatan ini menambah makna kepada Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China. - Foto Facebook/Wisma Putra
KUALA LUMPUR: Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Liu Jianchao melakukan lawatan kerja ke Malaysia dari 28 hingga 29 Mac ini.
Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata lawatan itu menyasarkan untuk menjalinkan kerjasama lebih erat antara parti politik di kedua-dua negara selain membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Di dalam rangka lawatannya, Liu telah melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Semasa bertemu dengan Mohamad semalam, mereka telah bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama termasuk perdagangan dan pelaburan selain hubungan antara rakyat.
Liu juga akan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum mengakhiri lawatan kerjanya ke negara ini.
Wisma Putra berkata lawatan ini menambah makna kepada Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China semenjak hubungan kedua-dua negara ini telah dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut. Pada 2023 jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM450.84 bilion (AS$ 98.80 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Komunis China
#lawatan kerja
#Malaysia
#Liu Jianchao
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan