awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin pemuda DAP dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina

Bernama
Bernama
13/06/2022
15:30 MYT
Pemimpin pemuda DAP dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina
Pendaftar Mahkamah Majistret Hasliza Razak membenarkan Lim diikat jamin RM500 dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemimpin pemuda DAP Bukit Mertajam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan yang menghina.
Lim Zheng Han, 25, didakwa melakukan kesalahan itu dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di luar Medan Selera Insa Dunia pada 2 petang, 25 Mac lepas.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mohd Shokri manakala Lim diwakili peguam RSN Rayer.
Pendaftar Mahkamah Majistret Hasliza Razak membenarkan Lim diikat jamin RM500 dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan Lim mengetuai protes kecil di luar medan selera berkenaan untuk mengecam lawatan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang pada 25 Mac lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemimpin DAP
#Pemuda DAP
#mahkamah
#Lim Zheng Han
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan