awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminjam PTPTN terlibat banjir dinasihat berbincang untuk penjadualan semula pinjaman

Bernama
Bernama
07/02/2016
06:25 MYT
Peminjam PTPTN terlibat banjir dinasihat berbincang untuk penjadualan semula pinjaman
Peminjam boleh datang sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN seluruh negara untuk melakukan perbincangan itu. - Gambar hiasan
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terlibat bencana banjir dinasihatkan berbincang dengan perbadanan itu untuk penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mereka.
Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata perbadanan itu prihatin dengan beban yang dipikul peminjam akibat bencana banjir dan sentiasa bersedia untuk berbincang bagi meringankan beban ditanggung peminjam.
Sehubungan itu, beliau berkata peminjam tersebut boleh datang sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN seluruh negara untuk melakukan perbincangan itu.
"Penstrukturan dan penjadualan itu boleh kita buat sehingga beberapa tahun bergantung keperluan serta syarat yang diambil maklum seperti umur peminjam sehingga 60 tahun dan sebagainya.
"Tetapi apa yang jadi masalah ialah jika peminjam itu langsung tidak berjumpa kita dan terus berhenti membayar balik pinjaman mereka tanpa beritahu kita, jadi jumpa kita dulu, kita sedia untuk berbincang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir di sini.
Seramai 3,092 orang daripada 670 keluarga dipindahkan di Melaka sehingga 12 tengah hari ini akibat bencana banjir yang melanda negeri ini sejak semalam.
Topic Berkaitan
#bencana banjir
#peminjam ptptn
#PTPTN
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan