awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO sokong jawatan Presiden dan Timbalan tidak dicabar

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
07/06/2013
00:05 MYT
Pemuda UMNO sokong jawatan Presiden dan Timbalan tidak dicabar
Pergerakan Pemuda UMNO menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada penghujung tahun ini bagi mengelakkan berlakunya konflik politik dalaman terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sayap parti itu mahu kedudukan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan bagi memperkukuhkan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Atas kesedaran bahawa kita perlu memperkukuhkan Umno dan melihat agenda transformasi menjadi keutamaan kita dan bukannya politik dalaman, kami usulkan agar jawatan ini tidak dipertandingkan.
"Ketetapan ini juga berdasarkan kesedaran bahawa Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin adalah orang yang paling layak untuk terus memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden supaya UMNO memperkukuhkan parti kita sendiri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNOdi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Sebelum ini Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dilaporkan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, keputusan sebulat suara itu dicapai bertujuan mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan ahli parti.
Topic Berkaitan
#KHAIRY
#Muhyiddin
#najib
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan