awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemulihan bekalan air di Klang capai 100 peratus, Kuala Langat berperingkat

Bernama
Bernama
22/07/2020
16:14 MYT
Pemulihan bekalan air di Klang capai 100 peratus, Kuala Langat berperingkat
Air Selangor menjangkakan bekalan air pulih sepenuhnya pukul 6 pagi esok.
Gangguan bekalan air di kawasan Klang yang berlaku berikutan insiden paip pecah di kawasan tanah mendap sejak Isnin lepas, telah pulih 100 peratus pada pukul 9 malam ini, manakala bagi lapan kawasan di Kuala Langat, masih dilakukan secara berperingkat.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan malam ini berkata, lapan kawasan yang masih belum pulih itu melibatkan seluruh kawasan Sijangkang dan Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Sanctuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropica Aman.
"Air Selangor menjangkakan bekalan air pulih sepenuhnya pukul 6 pagi esok.
"Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori tangki masih digerakkan bagi membantu pengguna terjejas," katanya.
Beliau turut memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sosial Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor selain aplikasinya serta di laman sesawang www.airselangor.com.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#Elina Baseri
#gangguan bekalan air
#Klang
#Kuala Langat
#paip pecah
#tanah mendap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan