awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penangkapan pendatang izin tanpa permit kerja bermula September

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2013
00:37 MYT
Penangkapan pendatang izin tanpa permit kerja bermula September
Gambar arkib
Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia serta lain-lain agensi penguatkuasaan akan mengadakan permulaan gerakan besar-besaran untuk melakukan penangkapan terhadap pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai permit kerja bermula 1 september ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah ini diambil bagi memastikan pekerja-pekerja asing mematuhi seratus peratus peraturan pengambilan dan mematuhi sistem perundangan negara ini.
“Kita lakukan perkara ini sebagaimana yang telah saya umumkan sebulan yang lalu kerana kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja-pekerja asing yang tidak ada permit ditempat kerja masing-masing,” kata beliau.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkatademikian kepada pemberita di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri ditapak Wisma Umno Bagan Datoh Baru, Persint 4, Sungai Sumun, Bagan Datoh pada Jumaat.
Beliau juga memberitahu, satu kaedah baru iaitu memberikan kad khas kepada pekerja-pekerja asing berdasarkan sektor dengan warna yang berbeza.
Katanya, kad ini adalah merupakan kad yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigrsen Malaysia dan juga syarikat-syarikat yang telah diberikan tanggungjawab oleh kerajaan-kerajaan yang telah mengadakan perjanjian melalui MoU dengan kerajaan Malaysia seperti Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan beberapa negara lain.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#KDN
#PDRM
#pendatang tanpa izin
#permit kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan