awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencapaian PICKids di P. Pinang membimbangkan

Bernama
Bernama
10/05/2022
09:14 MYT
Pencapaian PICKids di P. Pinang membimbangkan
Sehingga 8 Mei lepas hanya 49.5 peratus telah mendapatkan dos pertama dan 37.7 peratus bagi dos kedua. - Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Pencapaian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Pulau Pinang agak membimbangkan kerana sehingga 8 Mei lepas hanya 49.5 peratus telah mendapatkan dos pertama dan 37.7 peratus bagi dos kedua.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menyeru ibu bapa supaya membawa anak-anak di bawah jagaan mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 pada kadar segera.
"Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang-Pengurusan COVID-19 sebentar tadi telah berkongsi data yang agak membimbangkan ini.
"Jabatan itu turut memaklumkan bahawa kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 berisiko mengalami sindrom keradangan multisistem yang amat berbahaya dan boleh membawa kepada kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ibu bapa perlu membuat keputusan yang betul dengan membawa anak masing-masing mendapatkan suntikan vaksin sebelum 15 Mei ini, khasnya di pusat pemberian vaksin (PPV) yang masih beroperasi secara jumpa terus atau walk-in.
Menurut Chow tarikh tersebut merupakan tarikh akhir ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi PICKids yang membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, kerana selepas daripada itu sebarang kos suntikan vaksin atas tanggungan sendiri.
Katanya kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha dan inisiatif dalam meningkatkan kadar suntikan vaksin, di samping sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi segala kemungkinan melibatkan ancaman COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PICKids
#imunisasi
#vaksin
#Kanak-kanak
#pulau pinang
#Ketua Menteri
#Chow Kon Yeow
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan