awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencapaian STPM 2018 meningkat

Bernama
Bernama
11/03/2019
06:19 MYT
Pencapaian STPM 2018 meningkat
Pencapaian STPM 2018 meningkat, PNGK 2.80 berbanding 2.76 pada 2017. -Gambar hiasan
Pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2018 meningkat sebanyak Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.80 berbanding PNGK 2.76 pada 2017, kata Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Beliau berkata ini menunjukkan peningkatan nasional yang memberangsangkan dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian itu jika dibandingkan pada tahun sebelumnya.
"Seramai 666 calon STPM 2018 memperoleh PNGK 4.00, naik sebanyak 0.42 peratus berbanding 485 calon pada 2017.
"Lebih menggembirakan 489 calon daripada 666 yang mendapat PNGK keseluruhan 4.00 atau 73.42 peratus adalah daripada golongan B40," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan itu di sini hari ini.
Katanya, bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas juga mencatatkan pertambahan iaitu 7,129 (16.63 peratus) pada tahun 2018 berbanding 6,408 calon (14.89 peratus) pada 2017.
Topic Berkaitan
#Majlis Peperiksaan Malaysia
#PNGK
#Purata Nilai Gred Keseluruhan
#Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
#STPM
#Zul Azhar Zahid Jamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan