awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM

Bernama
Bernama
19/01/2024
10:00 MYT
Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM
Ismail memaklumkan pihak polis telah membuat soal siasat terhadap kakitangan FRIM pada Selasa lepas dan didapati lokasi sebenar kejadian itu adalah di luar kawasan Stesen Penyelidikan FRIM.
KANGAR: Penemuan dadah jenis syabu seberat 528 kilogram (kg) bernilai RM19 juta di Padang Besar yang dilaporkan media pada 15 Jan lepas, bukan berada di dalam kawasan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Ketua Pengarah FRIM Ismail Parlan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak polis telah membuat soal siasat terhadap kakitangan FRIM pada Selasa lepas dan didapati lokasi sebenar kejadian itu adalah di luar kawasan Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer.
"FRIM ingin menjelaskan bahawa laporan media mengenai kes penyimpanan 20 guni dadah jenis syabu yang dikatakan berlaku di Kawasan Hutan Simpan Persekutuan (Forest Reserve Institute Malaysia) baru-baru ini adalah kurang tepat.
"Selain itu, nama penuh bagi FRIM bukan 'Forest Reserve Institute Malaysia' tetapi 'Forest Research Institute Malaysia' atau dalam bahasa Melayu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia," katanya.
Beliau berkata FRIM amat menghargai peranan media dalam menyebarkan maklumat penting kepada masyarakat umum dan berharap pihak media akan membetulkan fakta berkenaan dalam laporan seterusnya berhubung kes itu.
"Pihak FRIM juga sentiasa bersedia untuk turut membantu pihak polis atas perkara berkenaan. Sebarang pertanyaan berkaitan FRIM, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM 03-6279 7555/7458 atau melalui e-mel [email protected]," katanya.
Pada 15 Jan, media tempatan melaporkan polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan kawasan Hutan Simpan Persekutuan FRIM di Padang Besar sebagai lokasi transit selepas merampas 528 kg dadah jenis syabu bernilai RM19 juta pada 10 Jan lepas.
Memetik laporan itu, antara lain menyebut pemeriksaan di kawasan terbabit menemukan sebuah troli besi ditutupi ranting dan daun terbiar yang di dalamnya terdapat 20 guni berjahit mengandungi 480 bungkusan plastik teh cina disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penemuan dadah
#padang besar
#FRIM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan