awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2023
04:18 MYT
Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei, TH masih merayu kuota tambahan
Ketika ini, TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei ini, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar,
Menurut Azman, berbanding tahun 2022, proses penghantaran jemaah pada tahun ini berbeza kerana jumlah dan operasi ibadah itu akan kembali ke tahap normal.
Beliau berkata, ketika ini, TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.
"Insya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan," katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH tahun 2022, di sini, pada Jumaat.
Mengulas agihan keuntungan TH, Azman berkata, TH mengambil pendekatan pelaburan yang lebih berhati-hati berlandaskan alokasi aset strategik untuk menghadapi persekitaran yang tidak menentu.
"Alhamdulillah, usaha ini telah membantu dalam penjanaan hasil bagi memastikan kadar agihan yang berpatutan bagi tahun kewangan 2022," katanya lagi.
Pengiraan agihan keuntungan tahunan 2022 TH adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Lembaga Tabung Haji
#TH
#Haji
#penerbangan pertama haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan