awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/05/2024
03:50 MYT
Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Nathan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas tuduhan mengedar dadah di kawasan sekitar bangunan pasar raya di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh, kira-kira jam 1.15 tengah hari, 13 Mei lalu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram dadah jenis heroin, Isnin lalu.
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berkenaan di kawasan sekitar sebuah bangunan pasar raya di Taman Pengkalan Jaya, Ipoh, kira-kira jam 1.15 tengah hari, 13 Mei lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhkan hukuman mati.
Mahkamah menetapkan 5 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada Isnin, media melaporkan polis menahan seorang lelaki bersama-sama beg galas yang mengandungi 20 bungkusan plastik lut sinar, dipercayai dadah jenis heroin dengan anggaran seberat 9,200 gram.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada jam 1.15 tengah hari di kawasan Pengkalan Jaya, di sini.
Katanya, dadah dianggarkan bernilai RM115,000 itu berada dalam raga depan motosikal yang dinaiki suspek.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Dadah
#heroin
#penganggur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan