awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur direman bantu siasatan insiden bakar bilal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/02/2020
10:07 MYT
Penganggur direman bantu siasatan insiden bakar bilal
Berdasarkan siasatan polis, suspek dipercayai mengalami masalah mental dan berada di bawah pengaruh dadah. - Foto Astro AWANI

Seorang penganggur direman enam hari bermula hari ini sehingga 26 Februari oleh Mahkamah Majistret Alor Setar.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim terhadap suspek berusia 40 tahun itu bagi membantu siasatan kejadian menyimbah petrol dan membakar bilal Masjid Al Hasanah Taman Rakyat Mergong.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, suspek ditahan semalam tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 5.55 pagi semalam, mangsa Amri Budin, 60, disimbah minyak sebelum dibakar seorang lelaki ketika sampai di hadapan Masjid Al Hasanah Taman Rakyat Mergong untuk menunaikan solat Subuh. BACA: Suspek bakar bilal ditahan, dedah motif bertindak demikian

Kejadian itu disedari jemaah masjid yang membantu memadam kebakaran yang menyambar tubuh mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk mendapat rawatan.

Berdasarkan siasatan polis, suspek dipercayai mengalami masalah mental dan berada di bawah pengaruh dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bilal dibakar
#Dadah
#Hospital
#kebakaran
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mangsa
#Masjid Al Hasanah
#minyak
#petrol
#polis
#siasatan
#simbah minyak
#suspek
#Taman Rakyat Mergon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan