awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat

Bernama
Bernama
20/09/2024
00:45 MYT
Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Seorang penganggur dengan 46 rekod jenayah ditahan Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen lori di Simpang Ampat. - Gambar hiasan
NIBONG TEBAL: Seorang penganggur dengan 46 rekod jenayah ditahan Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen lori di Simpang Ampat.
Ketua Polis Daerah SPS, Supt Chong Boo Khim berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.
"Suspek mengaku terlibat bersama dua rakan yang masih bebas, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Chong berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah van yang dilaporkan dicuri di Bukit Tengah. Suspek kini direman empat hari hingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes curi komponen lori
#penganggur
#suspek
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan