awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Rusia raih pendapatan berbilion euro susulan penutupan Selat Hormuz
Songkran Bangkok tanpa alkohol, aktiviti dihadkan hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia akibat kanser

Bernama
Bernama
07/04/2026
00:35 MYT
Pengarah KPDN Kelantan meninggal dunia akibat kanser
Arwah Azman dikenali media sebagai seorang yang sangat mesra dan sering membantu ketika berada di lapangan untuk membuat liputan berita mengenai KPDN. --fotoBERNAMA
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail meninggal dunia akibat kanser usus awal pagi ini.
KPDN Kelantan dalam kenyataan memaklumkan perkara itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Ahmad Danial Asyee selepas arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada 2.40 pagi.
"Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al-Baqi Mukim Mujur, Jelawat pada 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuin Pasir, Jelawat, Bachok," menurut kenyataan itu.
Azman meninggalkan seorang balu serta lima anak. Allahyarham sebelum ini ditidurkan sejak seminggu lepas akibat komplikasi penyakit kanser usus dan berada dalam pemantauan pihak hospital sejak beberapa bulan yang lepas.
"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat warga KPDN, khususnya di Kelantan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan seluruh ahli keluarga diberi kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian ini," menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, wartawan penyiaran daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) Majidah Ismail, 49, berkata pemergian Azman merupakan kehilangan besar terhadap pengamal media, terutamanya di Kelantan kerana arwah seorang yang sangat mesra dan sering membantu ketika berada di lapangan untuk membuat liputan berita mengenai KPDN.
"Arwah juga pernah terlibat dalam beberapa program yang dianjurkan Kelab Media Kelantan Darul Naim dan sering memberikan pandangan untuk menjayakan sesuatu program seperti Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan pada 2023," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azman Ismail
#Pengarah KPDN
#meninggal dunia
#kanser usus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan