awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan dipenjara 10 tahun, lima sebatan rogol wanita OKU

Bernama
Bernama
27/03/2026
04:45 MYT
Pengawal keselamatan dipenjara 10 tahun, lima sebatan rogol wanita OKU
R. Sivanesan didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun yang diketahuinya mempunyai kecacatan fizikal. - Foto Bernama
Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU).
Hakim Madihah Zainol menjatuhkan hukuman itu terhadap R. Sivanesan, 39, dan memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan selain berada di bawah pengawasan polis selepas selesai menjalani hukuman.
Lelaki itu didakwa merogol seorang wanita berusia 29 tahun yang diketahuinya mempunyai kecacatan fizikal melibatkan pendengaran, pertuturan serta lembam pembelajaran di Skudai, dalam daerah Iskandar Puteri pada 11.50 malam, 30 Jan lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(K) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas alasan tertuduh telah mengambil kesempatan terhadap mangsa OKU.
“Selain itu, pihak pembelaan memaklumkan tertuduh menghidap HIV. Perbuatan itu menyebabkan mangsa berisiko dijangkiti penyakit kelamin,” katanya.
Peguam Omar Kutty Abdul Aziz yang mewakili Sivanesan merayu hukuman ringan kerana anak guamnya menghidap HIV dan leukemia yang memerlukan rawatan berterusan, selain ini merupakan kesalahan pertamanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#rogol
#OKU
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan