awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan maut ditikam di Tawau

Bernama
Bernama
11/02/2017
04:58 MYT
Pengawal keselamatan maut ditikam di Tawau
Mangsa yang digegaskan ke hospital disahkan meninggal pada 3.50 pagi semalam.- Gambar hiasan
Seorang pengawal keselamatan ladang maut selepas ditikam semasa cuba meleraikan pergaduhan dalam satu kejadian di Pasar Tamu Ladang Seraya, Kalabakan dekat sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 10.25 malam itu, mangsa, seorang warga tempatan berusia 49 tahun, sedang makan di sebuah gerai apabila ternampak pergaduhan antara dua lelaki.
"Mangsa cuba membantu meleraikan pergaduhan, namun seorang daripada lelaki tersebut bertindak agresif dan menikam mangsa menggunakan sebilah badik sebelum melarikan diri ke arah rumah pekerja ladang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, mangsa yang digegaskan ke hospital disahkan meninggal pada 3.50 pagi semalam.
Polis telah mengenal pasti suspek yang merupakan bekas pekerja ladang berusia 30 tahun dan usaha mengesan lelaki itu sedang dijalankan, katanya.
Sementara itu di LAHAD DATU, seorang penunggang maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan roda dalam nahas di Km 100 Jalan Bandar Sahabat dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata Ghafar Anto, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu memasuki laluan bertentangan namun kembali ke lorong asal ketika cuba mengelak motosikal mangsa di laluan bertentangan.
Bagaimanapun, mangsa yang cuba mengelak kenderaan itu turut masuk ke lorong berkenaan menyebabkan berlaku pelanggaran, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes jenayah
#maut ditikam
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan