awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengayuh basikal buta cekal berniaga, ipar jadi 'mata'

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2014
07:48 MYT
Pengayuh basikal buta cekal berniaga, ipar jadi 'mata'
Si abang yang cacat penglihatan dan adik iparnya yang tidak berdaya berjalan mengayuh basikal sejauh antara 5 hingga 15 kilometer sehari mengutip barangan logam untuk dijual - Foto Astro AWANI
Dalam kesibukan parti politik bersiap siaga sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hujung bulan ini, kehadiran sepasang Orang Kelainan Upaya (OKU) memerah keringat mencari rezeki di sini mencuri perhatian orang ramai.
Gelagat mereka menyentuh hati masyarakat sekeliling. Walau hidup serba kekurangan, pasangan OKU ini tetap berusaha sendiri tanpa mengharapkan bantuan dan belas ihsan orang ramai.
Mohamed Yusof, 65, yang cacat penglihatan sejak berusia 7 tahun, bersama adik iparnya Rosnah Ngah, 56, yang tidak mampu berjalan, berbasikal sejauh lima hingga 15 kilometer setiap hari mengutip barangan logam selain sayur-sayuran dan menjualnya dari rumah ke rumah.
Menariknya, pengayuh basikal ialah Mohamed Yusof yang tidak dapat melihat.
Namun dengan bantuan adik iparnya yang bertindak menjadi pemandu arah atau “mata”, mereka dapat bergerak dari kampung ke kampung menaiki sebuah basikal yang direka khas.
OKU
OKU
Basikal yang digunakan ini ditempa bagi menempatkan jurupandu di hadapan, manakala bahagian tengahnya pula diguna bagi meletakkan barangan untuk jualan.
Pendapatan hasil jualan mereka tidaklah seberapa, namun memadai. Pada hari biasa, mereka mampu beroleh pendapatan antara RM30 hingga RM40 sehari.
OKU
OKU
Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mat sudah lebih 30 tahun mengayuh basikalnya untuk berniaga.
Pak Mat, yang mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak, lebih suka berdikari mencari rezeki dan tidak mahu menyusahkan anaknya demi meneruskan kehidupan.
Anak sulungnya yang kini berusia 40 tahun merupakan seorang guru dan kini mengajar di Kedah, manakala yang lain bekerja sendiri.
Ketika anaknya masih kecil dan bersekolah, merekalah yang menjadi jurupandu arah atau “mata” Pak Mat.
Namun setelah mereka dewasa dan bekerja sendiri, tugas tersebut diambil alih Rosnah iaitu adik kepada isterinya.
Pak Mat bersyukur walaupun tidak data melihat, dia masih mempunyai kudrat untuk berusaha sendiri mencari sesuap nasi.
Sementara itu, adik iparnya Rosnah selesa menjadi jurupandu dan mata kepada Pak Mat. Dengan kecacatan yang dialami, amat sukar untuknya berdikari lantaran hidup sebatang kara.
Namun kesudian Pak Mat mengambilnya menjadi “mata” arah memberinya harapan untuk meneruskan kehidupan walau dengan kekurangan yang ada.
Topic Berkaitan
#OKU
#orang kelainan upaya
#Pengkalan Kubor
#Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan