awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali portal berita perlu bertanggungjawab ke atas komen pembaca

Bernama
Bernama
11/03/2019
11:00 MYT
Pengendali portal berita perlu bertanggungjawab ke atas komen pembaca
KKMM akan mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan terhadap portal berita yang membenarkan pembacanya meninggalkan komen berkaitan sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja. Gambar KKMM
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang mempertimbangkan keperluan untuk mengambil tindakan ke atas pengendali portal berita yang membiarkan pembacanya meninggalkan komen yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.
Menterinya Gobind Singh Deo berkata sekiranya pengendali portal tidak memantau dan membiarkan komen seumpama itu di portal mereka, dibimbangi akan mengundang kemarahan pelbagai pihak seterusnya menyebabkan permasalahan lebih besar.
"Saya terima banyak aduan daripada masyarakat dan mereka mengatakan kelihatan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan oleh pengendali portal tentang apa yang dikeluarkan di bahagian komen portal mereka.
"Saya dalam proses menimbang sama ada perlu atau tidak satu undang-undang digubal untuk aspek itu tetapi ia masih perkara dalam pertimbangan, belum dibawa ke (mesyuarat) Kabinet lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 hari ini oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam ucapannya, Sultan Abdullah bertitah mahu tindakan tegas diambil terhadap perbuatan yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara termasuk penggunaan media sosial secara tidak bertanggungjawab.
Gobind turut meminta pengendali portal berita berhati-hati dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan apa yang ditulis di ruangan komen portal mereka tidak mengundang sebarang masalah.
Pengendali portal juga sepatutnya mengeluarkan berita-berita yang mempunyai nilai tinggi dalam menyatupadukan negara dan memperkukuh perpaduan rakyat.
"Kita dengar apa yang disampaikan Seri Paduka cukup jelas bahawa kita faham di era ini kita bergantung kepada media sosial, tetapi dalam masa sama, pada setiap masa kita perlu beri keutamaan kepada perpaduan negara dan keselamatan negara," katanya.
Dalam pada itu Gobind berkata pihaknya sudah menyediakan beberapa pindaan undang-undang dan berharap untuk membentangkannya dalam sesi ini, namun tidak mendedahkan lanjut mengenai perkara itu.
"Saya harap saya ada masa dalam sesi ini untuk bentangkan pindaan itu. Saya akan umumkan pindaan-pindaan itu kepada masyarakat awam sekiranya ia dapat dibentangkan nanti," katanya.
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#institusi diraja
#kabinet
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#komen
#Parlimen
#pengendali portal
#Seri Paduka
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan