awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengesahan Arab Saudi automatik nafikan perjuangan 'Selamatkan Malaysia' - KJ

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
16/04/2016
10:41 MYT
Pengesahan Arab Saudi automatik nafikan perjuangan 'Selamatkan Malaysia' -  KJ
Khairy berkata gerakan itu yang disokong oleh kedua-dua parti politik dan masyarakat sivil akan perlahan-lahan dilihat kurang daya tarikan selepas penegasan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi.
Gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ tidak memberi sebarang makna susulan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi mengesahkan derma RM2.6 bilion yang diterima perdana menteri Datuk Seri Najib Razak datang dari ahli keluarga diraja negara itu.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin perkembangan terbaru ini bakal menyaksikan gerakan itu akan hilang sokongan.
Beliau berkata gerakan itu yang disokong oleh kedua-dua parti politik dan masyarakat sivil akan perlahan-lahan dilihat kurang daya tarikan selepas penegasan yang dibuat oleh kerajaan Arab Saudi.
"Semua usaha-usaha politik dan agenda untuk menjatuhkan kerajaan ini tidak akan mendapat sambutan bila kerajaan Arab mengesahkan bahawa wang yang telah didermakan tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan.
"Jadi bagi saya, semua percubaan untuk kononnya menyelamatkan Malaysia telah tidak bermakna lagi kerana tiada apa yang lebih untuk mempertikaikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Kupas Buku anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada Sabtu di Borders, The Curve Mutiara Damansara.
Dalam masa yang sama, Menteri Belia Dan Sukan itu mengakui pengesahan rasmi Arab Saudi mengenai sumbangan berkenaan tidak semestinya dapat menangkis persepsi negatif orang ramai mengenai kontroversi politik ketika ini.
"Kami perlu bekerja keras untuk meyakinkan orang ramai. Kita perlu membuat kenyataan kerajaan Arab Saudi jadi viral, "katanya.
Pada Jumaat, Menteri Luar Arab Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa derma RM2.6 bilion dari kerajaan Arab Saudi itu tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Kerajaan Arab Saudi juga sedar bahawa siasatan Peguam Negara di Malaysia telah mendapati tiada salah laku dalam pemindahan wang derma tersebut ke dalam akaun bank Najib.
Topic Berkaitan
#2.6 bilion
#derma
#Ketua Pemuda UMNO
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan