awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggal nenek: Cucu direman tujuh hari

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2016
05:36 MYT
Penggal nenek: Cucu direman tujuh hari
Remaja berusia 19 tahun (dua, kanan) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dipercayai membunuh neneknya sendiri dengan memenggal kepala mangsa di Felda Pengeli Timur dekat Kulai semalam. - Foto Bernama
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas dipercayai membunuh neneknya sendiri dengan memenggal kepala mangsa di Felda Penggeli Timur, dekat Kulai, semalam.
Pendaftar mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad hari ini mengarahkan perintah tahanan reman berkuat kuasa sehingga 16 Ogos ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 6 petang itu suspek, 19, yang turut dikatakan mengalami masalah mental bertindak melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran.
Dia bagaimanapun ditahan kira-kira jam 8.20 malam selepas gerakan memburu dilancarkan.
Suspek sebelum itu dilaporkan memenggal kepala neneknya menggunakan sebilah pisau sebelum meletakkan kepala mangsa di hadapan pintu masuk rumah.
Tubuh mangsa pula ditemui di bawah sinki di ruang dapur dengan kedua kakinya telah dipotong di bahagian paha tetapi tidak putus.
Kedua-dua tangan mangsa juga dipotong dengan hanya sebelah kiri masih berada di sisi tubuh mangsa.
Suspek dipercayai bertindak demikian selepas tidak memakan ubat sejak beberapa bulan lalu.
Topic Berkaitan
#badan dikerat
#cucu bunuh nenek
#Nenek di penggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan