awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buah tak terusik, rupanya sudah lima hari meninggal dunia
Usaha diplomasi Malaysia dalam isu Iran wajar diberi kredit – PM Anwar
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna X Pro perlu naik taraf langganan ke pelan X Premium+

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
03:46 MYT
Pengguna X Pro perlu naik taraf langganan ke pelan X Premium+
Perubahan terma penggunaan perkhidmatan yang dahulunya dikenali sebagai TweetDeck itu dilaporkan berlaku secara mengejut pagi ini tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan X kepada pelanggan sedia ada. -Foto Amanz
Platform media sosial X kini mewajibkan pengguna melanggan pelan X Premium+ pada harga RM146.33 sebulan bagi membolehkan mereka mengakses aplikasi pengurusan kandungan, X Pro.
Perubahan terma penggunaan perkhidmatan yang dahulunya dikenali sebagai TweetDeck itu dilaporkan berlaku secara mengejut pagi ini tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan X kepada pelanggan sedia ada, lapor Amanz.
Sebelum ini, X Pro boleh diakses oleh pelanggan pelan X Premium biasa dengan kadar langganan RM35 sebulan, namun akses tersebut kini disekat bagi pengguna yang tidak menaik taraf langganan mereka.
Rata-rata pengguna tegar X Pro di platform berkenaan menyuarakan kekecewaan mereka berikutan ketiadaan notifikasi awal mengenai pelarasan harga tersebut.
Penganalisis industri menyifatkan langkah itu sebagai strategi terbaharu syarikat milik Elon Musk untuk meningkatkan pendapatan dengan memaksa pengguna melanggan pelan yang lebih mahal bagi ciri yang dahulunya dianggap standard.
Sebelum pengambilalihan oleh Musk, TweetDeck ditawarkan secara percuma kepada semua pengguna sebelum langganan berbayar mula diwajibkan pada Ogos 2023.
Dalam perkembangan berkaitan, pesaing utamanya iaitu Threads, telah menawarkan antara muka yang menyerupai fungsi TweetDeck secara percuma kepada semua pengguna sejak tahun lepas tanpa sebarang kos tambahan.
Langkah X ini dilihat berisiko menyebabkan penghijrahan lebih ramai pengguna profesional dan organisasi media ke platform alternatif yang menawarkan kemudahan serupa secara percuma.
Topic Berkaitan
#X Pro
#X Premium Plus
#Tweetdeck
#Elon Musk
#harga langganan X
#media sosial
#Threads
#aplikasi pengurusan kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan