awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar makanan dapat motosikal baharu daripada Tengku Permaisuri Selangor

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
06/11/2020
13:11 MYT
Penghantar makanan dapat motosikal baharu daripada Tengku Permaisuri Selangor
Nur Athirah terima motosikal baharu yang diserahkan melalui Inspektor Noor Hidayu. - Foto/Facebook/Selangor Royal Office
KUALA LUMPUR:Simpati dengan nasib yang menimpa seorang penghantar makanan yang tular selepas motosikalnya dicuri baru-baru ini, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan sebuah motosikal baharu kepadanya.
Dalam satu perkongsian di Facebook Selangor Royal Office, pada Jumaat, baginda menzahirkan rasa sedih dan terharu apabila membaca kejadian malang yang menimpa Nur Athirah Abdul Latiff.
Titah baginda, masyarakat perlu lebih berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain, ketika ramai diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini.
Baginda berharap sumbangan itu dapat membantu Nur Athirah kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna, seterusnya membantu keluarganya.
Sumbangan itu disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) baginda, Inspektor Noor Hidayu Aziz.
Motosikal yang digunakan Nur Athirah hilang dicuri ketika melakukan kerja penghantaran makanan di Batu Caves, baru-baru ini dan kisahnya kemudiannya dikongsi dan tular di media sosial.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
Topic Berkaitan
#Tengku Permaisuri Norashikin
#Tengku Permaisuri Selangor
#Nur Athirah Abdul Latiff
#media sosial
#Tular
#motosikal
#hilang
#penghantar makanan
#rider
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan