awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengharaman pakaian kuning dengan perkataan 'Bersih 4' adalah sah - Mahkamah

Bernama
Bernama
19/02/2016
12:15 MYT
Pengharaman pakaian kuning dengan perkataan 'Bersih 4' adalah sah - Mahkamah
Perintah larangan itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, pada 27 Ogos, 2015. - Gambar Fail
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan pengharaman pengunaan pakaian kuning dengan tertera perkataan 'Bersih 4' dan risalah berkaitan dengan perhimpunan pada 29 Ogos tahun lepas adalah sah.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata: "Saya mendapati keputusan menteri (Menteri Dalam Negeri) dalam membuat perintah itu tidak mengalami apa-apa yang menyalahi undang-undang, tidak rasional dan ketidaksopanan prosedur."
Menolak permohonan untuk semakan kehakiman yang difailkan oleh Ketua Bersih 4, Maria Chin Abdullah dan dua yang lain pada 18 Sept tahun lepas terhadap perintah menteri dan Kementerian Dalam Negeri, beliau berkata:
"Saya mendapati bahawa perintah itu adalah mengikut bidang kuasa menteri. Di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, menteri boleh menggunakan budi bicaranya untuk membuat perintah itu jika beliau berpuas hati bahawa sebarang penerbitan dan risalah adalah memudaratkan atau mungkin menjejaskan ketenteraman awam.
"Oleh itu, ujian subjektif digunakan oleh menteri berkenaan dalam apa-apa keadaan adalah sesuai," katanya.
Perintah larangan itu dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, pada 27 Ogos, 2015.
Ia menyebut pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan, antara lain, apa-apa pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan 'Bersih 4' dan apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan tersebut.
Mohd Yazid berkata pihak pemohon, Chin, Masjaliza Hamzah dan Fadiah Nadwa Fikri, tidak mencabar atau mempertikaikan kenyataan menteri berkenaan dalam jawapan afidavit bahawa perhimpunan itu adalah haram.
Beliau berkata menteri itu mempunyai satu tanggungjawab yang berat untuk mengekalkan keamanan dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama walaupun Perlembagaan Persekutuan memberikan hak untuk berhimpun dan kebebasan bersuara.
Katanya kepentingan negara perlu dilindungi dan pemeliharaan ketenteraman awam, keselamatan dan keamanan terletak di bawah badan eksekutif.
Pihak pemohon diwakili peguam New Sin Yew manakala peguam persekutuan, M. Kogilam Bigai bertindak untuk pihak responden.
Topic Berkaitan
#Akta Mesin Cetak dan Penerbitan
#Baju kuning
#bersih 4
#Menteri Dalam Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan