awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan dijalankan di LPT2 sah - Polis Terengganu

Bernama
Bernama
10/11/2015
07:58 MYT
Penguatkuasaan dijalankan di LPT2 sah - Polis Terengganu
Dakwaan yang mengatakan mangsa kemalangan tidak dapat membuat sebarang tuntutan insurans juga tidak berasas. - Gambar Hiasan
Polis Terengganu menafikan dakwaan yang mengatakan penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) tidak sah berikutan laluan itu belum diwartakan.
Sebaliknya, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah menegaskan laluan sejauh 184 kilometer bermula dari Gemuruh di Kuala Terengganu sehingga Jabor, Kemaman telah diwartakan secara berperingkat.
Katanya walaupun tiada sebarang kutipan tol dilaksanakan sejak LPT 2 dibuka mengikut jajaran, namun ia telah diwartakan.
"Komen serta viral yang tersebar luas di media sosial mengatakan polis melakukan kesalahan kerana mengambil tindakan undang-undang kepada pengguna lebuh raya itu adalah tidak benar sama sekali," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas topik viral yang tercetus di media sosial berhubung tindakan undang-undang yang dilaksanakan pihak berkuasa di LPT 2 itu.
Selain itu, katanya dakwaan yang mengatakan mangsa kemalangan tidak dapat membuat sebarang tuntutan insurans juga tidak berasas.
Justeru beliau meminta orang ramai menghentikan tindakan menyebarkan berita yang tidak benar dan mengelirukan ramai pihak.
"Saya harap orang ramai mahupun individu yang tidak bertanggungjawab itu dapat hentikan penyebaran berita yang tidak berasas ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai," katanya.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
#Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan