awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan ketat perlu untuk cegah pemandu mabuk - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
16/02/2020
10:52 MYT
Penguatkuasaan ketat perlu untuk cegah pemandu mabuk - Lee Lam Thye
Lee turut menggesa rakyat Malaysia agar menjadi masyarakat penyayang dan bertimbang rasa terhadap orang lain. - Gambar fail/BERNAMA
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye memuji keputusan kerajaan mengkaji semula Akta Pengangkutan Jalan untuk hukuman lebih berat susulan peningkatan insiden memandu ketika mabuk namun menegaskan bahawa langkah itu sahaja tidak akan berkesan tanpa penguatkuasaan yang ketat.
Beliau berkata penguatkuasaan yang berintegriti juga harus dipertingkat untuk menghantar isyarat bahawa pihak berkuasa bersama-sama komuniti dalam usaha menangani masalah ini.
"Penyelidikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menunjukkan bahawa 23 peratus kematian dalam nahas jalan raya adalah disebabkan memandu dalam keadaan mabuk. Memandangkan pemandu mabuk dari segi statistik lebih cenderung menyebabkan kemalangan, tidak hairanlah jika kita kerap mendengar berita mengenai kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Pemandu mabuk bakal berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun
BACA: Pemandu mabuk rempuh kereta polis
BACA: Pemandu lawan arus sah mabuk - Polis
Lee turut menggesa rakyat Malaysia agar menjadi masyarakat penyayang dan bertimbang rasa terhadap orang lain.
Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang mengkaji untuk meminda hukuman bagi pemandu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, serta memandu secara berbahaya, sehingga menyebabkan kematian, dengan hukuman denda maksimum RM100,000.
Lim berkata selain denda, hukuman penjara terhadap pesalah akan dinaikkan kepada 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Ikatan Komuniti Selamat
#Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
#Lee Lam Thye
#MIROS
#pemandu mabuk
#penguatkuasaan ketat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan