awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan pindaan Akta Rukun Tetangga langkah penting transformasi KRT - Aaron

Bernama
Bernama
01/04/2026
11:11 MYT
Penguatkuasaan pindaan Akta Rukun Tetangga langkah penting transformasi KRT - Aaron
Antara fokus utama pindaan itu ialah penyelarasan tempoh pelantikan dengan memanjangkan tempoh pelantikan Anggota Jawatankuasa KRT (AJKRT), kata Aaron Ago Dagang. - Gambar fail
Penguatkuasaan Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) Pindaan 2026 secara rasmi mulai Rabu menjadi langkah penting dalam mentransformasikan peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) agar lebih dinamik, responsif dan berkesan, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Menerusi hantaran di platform X, Aaron berkata, antara fokus utama pindaan itu ialah penyelarasan tempoh pelantikan dengan memanjangkan tempoh pelantikan Anggota Jawatankuasa KRT (AJKRT) bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelestarian pelaksanaan program komuniti.
Beliau berkata, pindaan berkenaan turut memberi penekanan kepada pemantapan peruntukan akta melalui penambahbaikan peruntukan sedia ada agar kekal relevan dengan keperluan semasa dan cabaran sosial di peringkat akar umbi.
“Pindaan ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Dis 2025 dan di Dewan Negara pada 17 Dis 2025 dengan sokongan majoriti Ahli Parlimen, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan institusi komuniti demi kesejahteraan rakyat yang inklusif dan harmoni,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta rukun tetangga
#Aaron Ago Dagang
#KRT
#pindaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan