awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Cadangan Super Apps, pencapaian program Rakan Muda antara tumpuan Dewan Rakyat
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurus kanan syarikat ditahan disyaki terima rasuah RM72,000

Bernama
Bernama
19/10/2022
03:40 MYT
Pengurus kanan syarikat ditahan disyaki terima rasuah RM72,000
Suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas hadir memberi keterangan pada 6 petang semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat pembinaan dan penyelenggaraan ditahan kerana disyaki menerima rasuah bernilai RM72,000 bagi membantu proses kelulusan pinjaman berjumlah RM5 juta untuk sebuah syarikat daripada sebuah agensi kerajaan.
Suspek lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya selepas hadir memberi keterangan pada 6 petang semalam.
Menurut sumber suspek dipercayai menerima rasuah itu daripada seorang pengarah urusan syarikat berkenaan untuk membantu proses kelulusan permohonan pinjaman syarikat itu.
"Syarikat pembinaan dan penyelenggaraan tempat suspek berkhidmat berkenaan merupakan anak syarikat agensi kerajaan tersebut," kata sumber itu hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 dan suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai keterangan diambil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengurus kanan
#syarikat pembinaan dan penyelenggaraan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan