awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurusan kondominium, apartmen jangan buat undang-undang sendiri - Ismail Sabri

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
14/05/2020
08:35 MYT
Pengurusan kondominium, apartmen jangan buat undang-undang sendiri - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat mana-mana penduduk atau penyewa untuk pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh ini. - Gambar BERNAMA
Semua Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi kondominium atau apartmen diingatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mengetepikan undang-undang yang diwartakan kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat mana-mana penduduk atau penyewa untuk pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh ini.
"Ada aduan mengenai tindakan pengurusan bangunan seperti kondominium dan apartmen tidak membenarkan penghuni yang baru pulang dari kampung masuk ke kediaman masing-masing.
"Saya terima aduan ada penghuni yang terpaksa menyewa rumah lain kerana tidak dibenarkan masuk ke kediaman oleh pengurusan bangunan.
"Pihak pengurusan diharap memberi kebenaran kepada penghuni untuk masuk tanpa sekatan," katanya dalam sidang media harian di sini pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, kerja pembaikan dan penyelenggaraan di kondominium dan apartmen dibenarkan kerajaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Katanya, kontraktor boleh merujuk SOP berkaitan di laman web Jabatan Kerja Raya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menjalankan pemeriksaan di 3,735 tapak pembinaan seluruh negara sehingga semalam.
"Daripada jumlah itu, 344 tapak pembinaan mematuhi SOP, manakala 122 tidak patuh SOP manakala 3,265 tapak pembinaan masih belum beroperasi.
"Kerajaan masih menguatkuasakan arahan supaya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan wajib disediakan di semua tapak pembinaan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#Media
#menteri
#operasi
#rumah
#SOP
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan