awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Lubnan sebahagian yang "tidak dapat dipisahkan" daripada gencatan senjata - Speaker Parlimen Iran
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha kedai makan rugi RM364,500 diperdaya individu menyamar polis

Bernama
Bernama
28/01/2026
02:30 MYT
Pengusaha kedai makan rugi RM364,500 diperdaya individu menyamar polis
Mangsa telah menyerahkan maklumat perbankan syarikat termasuk kata laluan sekali guna (OTP) yang diterima daripada pihak bank kepada suspek. - Gambar hiasan
TANGKAK: Seorang peniaga kedai makan di sini kerugian RM364,500 selepas diperdaya individu menyamar pegawai polis hingga mangsa menyerahkan maklumat perbankan syarikatnya.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata berdasarkan laporan dibuat semalam, wanita berusia 58 tahun itu dihubungi suspek pada 23 Jan lepas yang mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
“Akibat rasa takut dan tertekan dengan dakwaan tersebut, mangsa telah menyerahkan maklumat perbankan syarikat termasuk kata laluan sekali guna (OTP) yang diterima daripada pihak bank kepada suspek,” katanya dalam kenyataan.
Roslan berkata ini mengakibatkan maklumat perbankan dalam talian mangsa telah diambil alih oleh pihak ketiga dan berlaku pemindahan wang tanpa disedari mangsa.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#penipuan
#pengusaha kedai makan
#rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan