awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
Masjid Al-Aqsa dibuka semula untuk solat Jumaat selepas 40 hari ditutup
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengusaha restoran rugi RM783,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud

Bernama
Bernama
10/12/2025
02:10 MYT
Pengusaha restoran rugi RM783,000 terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Azri berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pengusaha restoran kerugian RM783,000 akibat terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi laman Facebook.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata lelaki berusia 30 tahun itu yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah dihubungi seorang individu sebelum mangsa dijanjikan pulangan harian antara RM550 hingga RM600.
Beliau berkata mangsa kemudiannya telah membuat 23 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza antara 20 Okt hingga 7 Dis lepas menggunakan wang simpanan peribadi, simpanan perniagaan, pinjaman keluarga serta jualan barang kemas.
"Namun selepas bayaran dibuat, mangsa gagal mengeluarkan wang keuntungan dan diminta membuat bayaran tambahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#scam
#penipuan dalam talian
#pelaburan saham tidak wujud
#transaksi pemindahan wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan