awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga rugi lebih RM50,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
16/12/2024
08:19 MYT
Peniaga rugi lebih RM50,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa diminta mengisi satu borang secara dalam talian yang mengandungi maklumat serta butiran peribadi. - Gambar hiasan/Freepik
KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai makan kerugian RM50,450 selepas ditipu skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Telegram pada 30 Nov lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 53 tahun itu telah melihat satu iklan pelaburan yang menawarkan pulangan lumayan dan kemudian menghubungi seorang individu melalui aplikasi berkenaan.
"Mangsa bersetuju untuk membuat pelaburan dengan modal RM1,000 dan pulangan RM23,000. Mangsa diminta mengisi satu borang secara dalam talian yang mengandungi maklumat serta butiran peribadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian membuat lapan kali pemindahan wang berjumlah RM50,450 sebagai modal pelaburan ke empat akaun berbeza bermula 30 Nov hingga 5 Dis, namun sehingga kini tidak menerima sebarang keuntungan seperti dijanjikan.
Azli berkata mangsa yang berasa tertipu telah membuat laporan polis semalam dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#polis
#mangsa kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan