awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan - Uggah

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
29/10/2020
08:00 MYT
Peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan - Uggah
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terlibat dalam proses saringan COVID-19 di Masjid Darul Ehsan Kampung Haji Baki. - Foto JPBN Sarawak
KUCHING:Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) mendedahkan peningkatan kes positif COVID-19 di Green Hill membimbangkan selepas pengesanan kes aktif (ACD) dilakukan.
Menurutnya, Green Hill semalam merekodkan 20 kes positif COVID-19 dan pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan.
“Di Green Hill, penduduknya berselerak.
“Ramai antara mereka tampil membuat ujian saringan atas inisiatif sendiri di klinik swasta,” katanya.
BACA: COVID-19: Virus dari Kluster Greenhill mudah berjangkit - Dr Sim Kui Hian
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat bilik operasi di pekarangan Masjid Kampung Haji Baki di sini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Tambah Uggah pihaknya turut membuat keputusan untuk menutup operasi pusat hiburan seperti bar, pub dan gimnasium.
“Kita melarang sebarang perkumpulan atau pertemuan lebih daripada 200 orang.
“Semua restoran dan kedai makan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam,” jelasnya.
Katanya, keputusan itu diambil susulan peningkatan kes positif COVID-19 yang membimbangkan di beberapa kawasan di bandaraya Kuching melibatkan kawasan kampung dan pusat bandar. B ACA: Tiada sekatan perjalanan di Kuching - Uggah
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#TGreenhill
#YHaji Baki
#saringan
#ujian saringan
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan
#Kuching
#operasi
#kes positif
#Media
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan