awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan pengeluaran getah asli kurangkan import, beri penjimatan RM4 bilion

Bernama
Bernama
13/11/2025
20:30 MYT
Peningkatan pengeluaran getah asli kurangkan import, beri penjimatan RM4 bilion
Kerajaan berpendapat peningkatan pengeluaran getah asli kepada sekurang-kurangnya 400,000 tan getah sekerap dan 20,000 tan lateks secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada import dengan penjimatan dianggarkan sebanyak RM4 bilion. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan berpendapat peningkatan pengeluaran getah asli kepada sekurang-kurangnya 400,000 tan getah sekerap dan 20,000 tan lateks secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada import dengan penjimatan dianggarkan sebanyak RM4 bilion.
Kementerian Perladangan dan Komoditi berkata, usaha meningkatkan pengeluaran getah asli bagi memenuhi keperluan industri domestik akan mengembalikan daya saing industri getah negara.
Sehubungan itu, kementerian itu berkata, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaksanakan beberapa langkah strategik bagi menjamin harga getah yang mampan dan stabil seterusnya sebagai langkah sokongan pendapatan bagi menjamin kelangsungan hidup penoreh getah.
"Insentif Pengeluaran Getah bertujuan satu daripadanya menjamin kebajikan pekebun kecil apabila harga jatuh di bawah Paras Harga Pengaktifan.
"Program Projek Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil melalui penglibatan langsung mereka dalam menjual getah sekerap terus ke Pusat Pemprosesan Getah Krip (PPGK)," katanya dalam jawapan bertulis untuk sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Strategi lain, kata kementerian itu, termasuk memperkenalkan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL +) iaitu projek rintis yang sedang dilaksanakan di Kedah, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan selain bertujuan menggalakkan pengeluaran lateks.
Kementerian berkenaan memberitahu, melalui pelbagai insentif yang disediakan, pekebun kecil yang beralih kepada pengeluaran lateks turut menikmati pendapatan yang lebih stabil dan tinggi berbanding pengeluaran getah sekerap.
Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN - Kuala Pilah) yang bertanyakan mengenai strategi kementerian dalam menjamin harga getah mampan melalui pelaksanaan mekanisme harga lantai, pengukuhan pasaran hiliran serta langkah sokongan pendapatan bagi menjamin kelangsungan hidup penoreh dan daya saing industri getah negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perladangan dan Komoditi
#getah asli
#import
#pengeluaran getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan