awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam antara 30 kaki judi ditahan polis Kedah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/12/2021
10:35 MYT
Penjawat awam antara 30 kaki judi ditahan polis Kedah
Seramai 30 individu ditahan dalam Ops Dadu Krismas dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kampung Kalai, Mukim Jeniang, Sik, Kedah pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
SIK: Seorang penjawat awam antara 30 individu yang ditahan dalam Ops Dadu Krismas dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kampung Kalai, Mukim Jeniang di sini, pada Sabtu.
Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan ketika cuba melarikan diri selepas menyedari lubuk mereka bermain judi diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar pukul 3 petang.
Ketua Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar yang mengetuai operasi turut menahan tiga individu yang dipercayai penganjur aktiviti judi belangkas terbabit.
Malah seorang warga emas berusia 69 tahun turut ditahan sekalipun sebelum ini sudah dua kali dia diberkas dalam operasi di Kubang Pasu pada September lalu.
Menurut lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Ong’, dia membawa wang tunai RM20,000 dan sebelum serbuan telah kalah bertaruh kira-kira RM4,000.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kepantasan polis mengepung dan menutup laluan tikus berjaya menahan 27 lelaki dan tiga wanita.
Katanya, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 74 tahun datang dari daerah lain semata-mata untuk bertaruh.
Kamarul Zaman memaklumkan, sejumlah RM72,875 wang tunai yang digunakan dalam pertaruhan dirampas.
Turut dirampas peralatan yang digunakan untuk aktiviti perjudian itu seperti dadu, sehelai kain kanvas tertera gambar belangkas, ikan, udang dan bunga serta peralatan untuk bermain judi termasuk meja dan kerusi.
Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#kaki judi
#Ops Dadu Krismas
#Kampung Kalai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan