awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam diingatkan tidak sertai himpunan di ibu negara - KSN

Bernama
Bernama
20/07/2025
10:45 MYT
Penjawat awam diingatkan tidak sertai himpunan di ibu negara - KSN
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam untuk tidak menyertai acara himpunan yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Sabtu ini.
Beliau berkata tidak sewajarnya penjawat awam menyertai perhimpunan berkenaan kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.
"Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Terima kasihlah kepada Raja dan Negara," katanya.
Shamsul Azri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Sukan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) di sini hari ini.
Media hari ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan pada 26 Julai.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PDRM akan membantu memudah cara penganjuran itu di ibu negara.
Beliau memberi jaminan bahawa PDRM akan mengendalikan kawalan keselamatan semasa himpunan itu secara profesional, namun mengingatkan semua pihak agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#himpunan di ibu negara
#KSN Shamsul Azri Abu Bakar
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan