awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
'Perancangan Allah luar biasa, selamat datang #ajz' - Shuib, Watie timang anak sulung perempuan
Rasai kesakitan itu dan perbaiki lagi, inilah bola sepak - Jurulatih Arsenal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Penjawat awam jangan defensif, terbuka terima teguran' - MB Perak

Bernama
Bernama
09/03/2024
03:10 MYT
'Penjawat awam jangan defensif, terbuka terima teguran' - MB Perak
Saarani berkata kerenah birokrasi juga seharusnya dihapuskan kerana ia bukan hanya melemahkan daya saing malah menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam di mata rakyat. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Pegawai kerajaan di Perak tidak perlu bersikap defensif sebaliknya berfikiran terbuka terhadap sebarang aduan yang diterima daripada rakyat, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Beliau berkata ini kerana aduan merupakan maklum balas yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di jabatan masing-masing.
"Segala aduan berhubung perkara-perkara yang kurang menyenangkan, perlu diterima dengan fikiran terbuka, dan sebagai maklum balas bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatan.
"Sebagai ketua jabatan atau pegawai kanan di jabatan masing-masing, tuan-tuan dan puan-puan adalah mentor kepada pegawai-pegawai bawahan untuk membuat keputusan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Pentadbiran Tanah Negeri Perak 'Aspiring To Excellence' di Galasa Caldwell di sini, malam tadi.
Majlis turut dihadiri Penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dan Pengarah Tanah dan Galian Perak Datuk Fariz Mohamad Hanip.
Saarani berkata kerenah birokrasi juga seharusnya dihapuskan kerana ia bukan hanya melemahkan daya saing malah menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam di mata rakyat.
"Dalam memastikan setiap urusan yang kita laksanakan berjalan lancar, sistem penyampaian yang cekap, tepat dan cepat hendaklah benar-benar berlaku dan dilaksanakan, tidak sekadar tercatat di atas kertas," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri sedang mempertimbangkan pemberian khas Insentif Pentadbiran kepada kakitangan PTG negeri ekoran kejayaan merekodkan kutipan hasil mencecah RM1.21 bilion tahun lalu.
"Semoga sedikit buah tangan ini dapat membakar semangat untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan jujur, cekap dan cekal serta berhemah dan berintegriti tinggi ke arah mewujudkan pentadbiran tanah yang cemerlang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#penjawat awam
#aduan rakyat
#kualiti perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan