awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual buah dipenjara 39 tahun kerana gagal kawal marah

Raffi Bachik
Raffi Bachik
27/12/2017
11:20 MYT
Penjual buah dipenjara 39 tahun kerana gagal kawal marah
Tertuduh, Hong Kok Kuan, 30, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap 39 pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Norina Maludin. - Foto Astro AWANI
Gara-gara gagal mengawal marah, seorang penjual buah-buahan dijatuhi hukuman penjara 39 tahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan menceroboh dan memecahkan 38 buah kereta, September lalu.
Tertuduh, Hong Kok Kuan, 30, dijatuhi hukuman itu selepas dia mengaku bersalah terhadap 39 pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Norina Maludin.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didapati memecahkan 38 buah kereta pelbagai jenis sehingga menyebabkan kerugian mencecah hampir RM100,000 di Used Car Siong Wang Auto Sdn. Bhd, Semabok, Melaka sekitar 11.30 malam, 3 September lalu.
Bagi tuduhan berkenaan dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang belum berkahwin turut berdepan satu lagi pertuduhan turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu menceroboh kedai kedai menjual kereta terpakai berkenaan di lokasi, masa dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, Kok Kuan didakwa mengikut Seksyen 448 kanun sama yang memperuntukan penjara maksima tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwaanraya N. Sivashangari memohon hukuman berat terhadap teruduh memandangkan tertuduh seolah-olah tidak serik memandangkan tertuduh mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan sama.
Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Ishak Kari merayu agar hukuman diringankan memandangkan anak guamnya sudah insaf dan sejak penahanan tertuduh yang merupakan tonggak keluarga, ayahnya yang sudah uzur terpaksa bekerja sebagai nelayan untuk menyara keluarga.
Majistret Norina kemudiannya memutuskan hukuman penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan semua hukuman dijalankan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap.
Topic Berkaitan
#ayer keroh
#denda
#Hong Kok Kuan
#mahkamah
#Norina Maludin
#pecah kereta
#penjara
#Pertuduhan
#Tertuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan