awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi

Khalis Khadir
Khalis Khadir
16/02/2025
15:59 MYT
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Permohonan maaf itu dibuat pada Ahad malam di Sepang melalui pertemuan diatur pemimpin KRT yang menjadi pengantara dalam menyelesaikan polemik ini agar perpaduan negara kekal harmoni. - Gambar Media sosial Aaron
KUALA LUMPUR: Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
“Saya sebagai peniaga kecil akui poster itu menyinggung perasaan, perkataan tidak elok. Saya mengaku bersalah dan saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali kepada kaum India.
“Saya minta kerjasama kepada pembeli untuk sokong peniaga, benda ini berlaku tanpa niat, saya tidak sangka jadi begini, ini tanpa kesedaran dan perbuatan saya ini memang salah, sekali lagi saya mohon orang India, Cina, Melayu, maafkan saya,” katanya dalam satu rakaman video.
Permohonan maaf itu dibuat pada Ahad malam di Sepang melalui pertemuan diatur pemimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjadi pengantara dalam menyelesaikan polemik ini agar perpaduan negara kekal harmoni.
Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dalam ciapan di aplikasi x turut menegaskan, semua pihak harus sentiasa berusaha memastikan setiap perkataan dan tindakan tidak menimbulkan ketegangan dalam masyarakat majmuk.
Menurutnya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama selain menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga keharmonian ini.
“Perpaduan negara hanya dapat dicapai jika setiap individu mengamalkan nilai memahami, menghormati dan menerima perbezaan,” ujarnya.
Sebelum ini, tular satu rakaman video di media sosial selepas seorang penjaja tepi jalan meletakkan papan tanda berunsur perkauman di atas meja yang digunakan untuk menjual jagung bakar.
Ia dikatakan berlaku di Kota Warisan, Sepang di mana penjaja terbabit meletakkan kertas menyatakan dia tidak menjual jagung itu kepada orang India.
Topic Berkaitan
#penjual jagung
#India
#perpaduan
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan