awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pengarah antara empat individu ditahan SPRM Sabah

Bernama
Bernama
11/01/2021
16:17 MYT
Penolong pengarah antara empat individu ditahan SPRM Sabah
Empat individu termasuk seorang penolong pengarah agensi kerajaan Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.
KOTA KINABALU:Empat individu termasuk seorang penolong pengarah agensi kerajaan Persekutuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, dipercayai terlibat dalam sindiket pengeluaran sijil untuk kontraktor.
Menurut sumber, sindiket pengeluaran sijil bagi kontraktor seperti sijil pendaftaran untuk kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan negeri Sabah (PUKONSA), sijil Pembinaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), dan sijil taraf Bumiputera, diberikan secara rasuah.
Sumber itu berkata sindiket berkenaan dipercayai telah beroperasi sejak setahun lalu, yang mana pemohon sijil hanya perlu membayar sejumlah wang antara RM500 dan RM1,500, bagi mempercepatkan pengeluaran sijil-sijil tersebut tanpa perlu melalui pemeriksaan serta proses yang sepatutnya.
Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi, mengesahkan penahanan empat individu itu dan percaya akan ada lagi beberapa tangkapan susulan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan siasatan kes berkenaan, dan menasihati agar mana-mana pihak khususnya kontraktor yang mempunyai maklumat berhubung isu rasuah untuk mendapatkan sijil-sijil seperti mana yang dinyatakan itu, agar tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#penolong pengarah
#agensi kerajaan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#sprm sabah
#PUKONSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan