awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah terbabit kes hina penuntut B40 direhat hingga siasatan selesai

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2022
09:26 MYT
Pensyarah terbabit kes hina penuntut B40 direhat hingga siasatan selesai
Keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah malam tadi. - Gambar/ UiTM
KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah yang tular di media sosial susulan didakwa memperlekehkan penuntut B40, direhatkan daripada tugasan mengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa hari ini.
UiTM dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UiTM mengadakan mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah malam tadi.
"Profesor Roshana Takim direhatkan daripada tugasan pengajaran mulai 1 April sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UiTM.
"Keputusan ini dibuat bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur," kenyataan itu menyebut.
UiTM turut menegaskan pihaknya memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat sulit secara sengaja ataupun tidak, yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warganya.
"UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan pelajarnya.
"Dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian.
"Penilaian dan pemantauan terhadap Profesionalisme Pensyarah (PRO-PENS) yang dibuat secara rawak setiap semester juga boleh menjadi elemen tambahan dalam proses kenaikan pangkat serta pelanjutan kontrak perkhidmatan," jelas kenyataan itu.
BACA: Laporan kronologi kes pensyarah hina penuntut B40 tular, UiTM lapor polis
BACA: Video tular pensyarah didakwa hina golongan B40, UiTM ambil tindakan
Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba, selain turut mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur sindiran terhadap golongan B40.
Semalam, UiTM membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang disediakan universiti itu mengenai insiden berkenaan, tular di media sosial.
Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Roziah Mohd Janor dilaporkan berkata, laporan polis itu dibuat bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya.
Topic Berkaitan
#UiTM
#media sosial
#pensyarah tular
#hina B40
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan