awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penubuhan bank komersial Sarawak dijangka direalisasikan akhir tahun ini

Azizah Alwi
Azizah Alwi
30/04/2023
05:51 MYT
Penubuhan bank komersial Sarawak dijangka direalisasikan akhir tahun ini
Jelas Abang Johari penubuhan bank komersial tersebut akan menjadi pemangkin untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan. - Foto BERNAMA
KUCHING: Hasrat Sarawak untuk menubuhkan bank komersial sendiri dijangka akan direalisasikan pada hujung tahun ini.
Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penubuhan bank komersial tersebut akan menjadi pemangkin untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mendapatkan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.
“Apabila ekonomi kita semakin berkembang dan meningkat sudah tentu ianya akan melibatkan sektor penswastaan ini termasuklah usahawan IKS,
“Masalah orang kita adalah walaupun mempunyai projek yang cukup bagus namun ada antara usahawan IKS ini yang tidak lepas kelulusan pinjaman akibat pihak perbankan tidak meluluskan permohonan mereka.
“Oleh sebab itu saya mencari jalan penyelesaian untuk membantu mereka dan mungkin pada tahun ini atau akhir tahun ini Sarawak akan mempunyai bank komersial bagi membantu mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Gedong 2023 di Dewan Datu Patinggi Ali, Gedong pada Ahad.
Tambah Abang Johari, status penubuhan bank komersial berkenaan masih dalam peringkat perbincangan dan enggan untuk mengulas dengan lebih lanjut.
“Saya tak boleh nak umumkan dahulu kerana ia masih rundingan dan majoriti yang terlibat adalah majoriti sarawak.Ini sudah tentu akan menjadi pemangkin kepada perusahaan kecil dan sederhana,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
#bank
#IKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan