awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan - Polis

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2023
04:40 MYT
Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan - Polis
Pada 14 Jun lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE ketika cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Polis telah selesai merakam percakapan penunggang motosikal yang melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sejurus dilengkapkan.
"Kondisi suspek masih lagi dalam keadaan cedera tetapi stabil.
"Sambungan rakaman percakapan saksi seperti operator kamera litar tertutup (CCTV) SUKE dan DUKE juga telah diambil.
"Selain itu, kedua-kedua kenderaan terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Pada 14 Jun lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE ketika cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus.
Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, mangsa Ahmad Fadzil, 62, dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.
Mangsa yang parah, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menerusi satu rakaman CCTV yang tular, mangsa dilihat menunggang Ducati Panigale di sebuah laluan berselekoh cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang secara melawan arus itu.
Bagaimanapun, motosikal mangsa terbabas melanggar penghadang sebelah kiri jalan dan sebelum mangsa terhumban dari atas jejambat pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya SUKE
#penunggang ducati maut
#lawan arus
#suspek serah diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan